DagingMasak Hitam ini ita lawakan dengan Nasi Minyak ita. Sedap tau! ita lawankan juga dengan lauk ayam masak merah. Lauk ayam masak merah ni dah selalu ita masak dan kalau dalam seminggu memang mesti akan sediakan sebab anak-anak memang suka. Dah selalu sangat tak payahlah ita kongsikan lagi lah ya..
AyamLada Hitam Putih; Ayam Berlado; Daging. Resepi Gulai Daging Rebung Madu; Resepi Daging Masak Kari Hijau Pekat; Daging Ungkep Pedas; Daging Masak Hitam; Daging Kambing Bakar; Hati Lembu Goreng Kunyit; Kurma Daging Sedap; Masak Lemak Cili Api Daging Dengan Rebung; Resepi Gulai Daging Batang Pisang; Resepi Kari Daging; Resepi Masak Hitam
DagingMasak Hitam Berempah Utara ni adalah hidangan lauk yang cukup digemari dan mudah didapati di Utara sini. Kadangkala dihidangkan sebagai menu lauk kenduri, lauk nasi kandar, atau lauk sampingan nasi tomato, nasi minyak, nasi bukhary dan sebagainya. Rasanya yang manis manis pedas berempah ni memang sedap dengan lauk lain yang agak pedas.
Vay Nhanh Fast Money. Dulu paling tidak sebulan sekali dapat merasa makan kenduri. Sekarang musim pandemik terasa rindu nak makan nasi minyak kenduri dan daging masak hitam nya. Kena pula dengan lauk tambahan ayam goreng dan acar mentah. Memang padu. Kalau rindu nak makan kenduri tu, jomlah buat nasi minyak sendiri. Buat hidangan istimewa hujung minggu atau hari raya. Sebenarnya tak susah pun nak masak nasi minyak ni. Lauk pun boleh padankan dengan apa sahaja yang anda gemari. Selalunya lauk kenduri ni daging masak hitam, ayam masak merah, daging kurma dan macam-macam lagi. Kali ni kita masak yang simple-simple je iaitu daging masak hitam. Nak kan hidangan lengkap buatlah sekali acar mentah. Nak buat nasi minyak ni sebenarnya lagi sedap kalau masak dengan beras basmathi. Tapi kalau gunakan beras biasa pun enak juga. Kat kenduri pun biasanya beras biasa juga yang dihidangkan. Ikutlah mana yang anda suka. Yang penting nasinya wangi dan terasa aroma. Makan dengan lauk apa pun memang layan. Jom ikut resepi mudah yang dikongsikan oleh Mdm Kelly ni. RESEPI NASI MINYAK KENDURI DAN DAGING MASAK HITAM Untuk nasi minyak, sukatan air sama je macam biasa masak nasi dengan beras yang anda masak selama ni. Kalau guna beras basmathi ada sukatannya juga. Yang penting perlu ambil kira semua cecair yang dimasukkan sebagai sukatan air beras. Bahan-bahan nasi minyak 4 cawan beras basmathi rendam dan cuci bersih 1 batang serai diketuk Halia Hirisan bawang besar 4 sekawan Daun pandan 2 sudu makan minyak sapi 2 sudu makan minyak masak 3 cawan susu cair + air biasa cukupkan 7 cawan air Sedikit serbuk kunyit Garam Kismis Cara masak nasi minyak ▶️ Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk. ▶️ Kemudian masukkan 4 sekawan dan daun pandan. Tumis sampai naik bau. ▶️ Masukkan pula serai, halia dan hirisan bawang besar. Tumis lagi sehingga wangi dan garing. ▶️ Masukkan beras dan kacau sekejap. ▶️ Lepas tu masukkan susu cair, air dan garam. Gaul sebati. ▶️ Kemudian angkat periuk dan masukkan dalam periuk elektrik. Biarkan nasi masak seperti biasa. Bahan untuk daging masak hitam 1 kilo daging potong kiub dan cuci bersih Bahan kisar 2 labu bawang besar 4 ulas bawang putih Halia Bahan tumis 1 batang serai 4 sekawan Kicap manis Kicap masin Sos tiram 3 sudu makan cili kisar ½ sudu makan serbuk jintan manis dan putih Gula kerek sedikit Cara masak daging masak hitam ▶️ Panaskan minyak dalam kuali dan tumis 4 sekawan dan juga serai sampai garing dan naik bau. ▶️ Kemudian masukkan bahan kisar, cili kisar, kicap dan daging. Kacau sebati dan masak dengan api yang perlahan. ▶️ Masukkan serbuk jintan dan tambah lagi kicap dan gula. Tak perlu masukkan garam. ▶️ Biarkan daging terus direneh sampai masak dan empuk. Kalau kering kuahnya, tambahkan air lagi dan sambung mereneh. ▶️ Dah empuk daging boleh padamkan api. ▶️ Sedia dihidangkan dengan nasi minyak. BACA JUGA Resepi Ayam Goreng Berempah Macam Kenduri. Sedap Dan Wangi. Tak Perlu Perap Lama Sangat Pun. Hidangan ni yang paling simple sekali. Kalau anda nak lebih lengkap dan menaikkan selera, boleh hidangkan sekali dengan acar mentah dan juga papadom. Cara buat acar mentah mudah je. Sediakan timun, lobak merah, bawang besar, cili merah, cuka makan dan sedikit garam dan gula. Potong sayuran tu dan gaulkan dengan cuka dan bahan perasa. Dah siap. Hujung minggu ni tak perlu pening-pening fikir nak buat apa untuk hidangan istimewa keluarga. Buat je nasi minyak kenduri dan daging masak hitam. Barulah rasa special sikit. Selamat mencuba!
Untuk pilihan daging yang ada, anda boleh gunakan sama ada daging lembu segar, frozen dan juga daging kerbau frozen yang mudah didapati di pasaran. Untuk resepi daging kali ini, kami berikan anda dua pilihan resepi daging masak hitam untuk masakan harian dan juga untuk kenduri kecil-kecilan yang menggunakan 5 kilogram daging. BACA DI LINK BARU Resepi Sup Daging Sedap Tapi Mudah Pasti Memikat Selera Tips untuk buat daging masak hitam lebih sedap dan menyelerakan 1- Jika anda guna daging segar iaitu daging lembu tempatan, tak perlu rebus dahulu tapi jika gunakan daging kotak sama ada daging kerbau atau daging lembu import, pastikan anda rebus terlebih daging sehingga 80-90% lembut. 2- Salah satu cara untuk pastikan daging cepat emput, masukkan garfu ketika merebus atau mereneh satu lagi cara ialah masukkan biji kurma. 3- Hanya gunakan air yang seminima mungkin ketika mengisar bawang supaya hasil tumisan daging hitam tidak terlalu berair sebab daging itu sendiri akan keluarkan air ketika mereneh. 4- Jangan terlalu awal masukkan perasa garam kerana daging masak hitam ini dalam kategori mereneh sedikit,perasa garam gula dimasukkan akhir sekali untuk elakkan terlebih. Versi pertama adalah daripada Puan Saba Natasha yang ada buah keras dalam buah keras ini buatkan rasa masakan daging hitam menjadi lebih lemak. 1 kilogram daging di potong saiz rendang,basuh dengan tepung gandum Sedikit minyak masak untuk menumis Bahan Kisar 5- 10 batang serai saiz sederhana 15 tangkai cili kering – boleh tambah jika suka pedas 4 inci halia muda 5-6 biji bawang besar / bawang besar kuning saiz sederhana 5 biji buah keras untuk rasa lema 1 labu bawang putih Bahan perasa 1/2 botol kecil kicap pekat Jalen warna merah 2 sudu makan gula 5 sudu makan gula merah 3 sudu makan asam jawa yang diramas dengan sedikit air Sedikit garam Bawang besar dimayang Cara Penyediaan Daging Masak Hitam 1 Sediakan bahan kisar di minyak untuk masukkan bahan kisar dan tumis hingga mula pecah minyak dengan guna api sederhan. 2 Masukkan daging yg di potong dan ditos tadi. Biarkan masak sehingga daging lembut dan pecah minyak sekitar 30 minit untuk daging segar manakala jika guna daging frozen,dalam 40-45 guna tips untuk lembutkan daging di atas 3Bila daging dah lembut., masukkan air asam jawa,gula ,gula merah serta garam sedikit kita nak masak bagi kuah pekat bersalut . Baru perasakan buat kali terakhir. Jika suka, masukkan sekali bawang besar hiris sebagai hiasan. Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan. Untuk versi yang kedua ini sesuai untuk anda yang ingin buat kenduri daging masak hitam ini sesuai untuk dimakan dengan nasi tomato,nasin hujan panas malah nasi kasih kepada Tuan Luqluq Makhnun atas resepi yang sedap ni. Resepi ini untuk daging sebanyak 5-6 kilogram bahan jika anda mahu guna lebih banyak daging ya. Bahan-bahan resepi daging masak hitam sedap 5 kilogram daging potong saiz rendang dan dibersihkan 2 kilogram bawang besar/bawang holland blend kasar kemudian tapisair bawang jgn buang nanti blh bancuh rempah dan blend cili 200 gram rempah kari daging 2 cawan cili mesin 2 sudu makam penuh lada hitam 3 cawan kicap lemak manis 1/2 cwn gula merah Bahan Tumis Daging Masak Hitam 1 kg bawang besar ungu hiris nipis 3 labu bawang putih hiris nipis 3 inci halia dimayang halus 4 serangkai kayu manis, bg lawang, bg cengkih dan buah pelaga 5 tangkai daun kari Cara Penyediaan Resepi Daging Masak Hitam Kenduri 1 Panaskan minyak tumis 4 serangkai sampai naik bau Masukan daun kari,bawang putih, bawang besar dan halia biar sampai layu dan kuning. Masukan bawang mesin masak sampai bawang layu dlm 5-10 minit. 2 Masukan cili kisar biar sekejap dlm 5 minit sambil kacau Masukan rempah, lada hitam dan gula merah masak sampai pecah minyak. Bila dh pecah minyak dan bau wangi masukkan daging dh tukar warna masukan kicap dan sedikit air dlm 2 cawan sahaja sebab daging akan keluarkan airnya juga 3 Biarkan sampai daging empuk dan pekat Siap . Tips tambahan **saya x tambah garam dan gula lagi sbb dh secukup rasa tp ikut selera masing2 klu ada apa yg kurang blh adjust ok ** kenali daging yg kita beli klu daging kotak elok di rebus dulu klu daging segar x perlu. Memang lengkap la kalau nak buat daging masak hitam untuk hidangan harian dan kenduri mencuba. Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? Sertai Channel Telegram kami
Hai semua... Kejap je kan dah masuk hari ke 5 puasa.. Alhamdulillah. Semoga semua dapat menjalani puasa dan beribadah dengan setulus hati. Pesan kat diri sendiri juga ni. Okayla.. Idea untuk menu berbuka puasa kali ni, boleh la cuba buat daging masak hitam berempah dan nasi minyak utara. Gandingan nasi minyak dan daging masak hitam ni memang sedap sekali. Kalau di Kedah banyak jumpa daging masak hitam berempah dan dihidangkan bersama nasi minyak yang seakan-akan nasi tomato tetapi pudar sikit warna merahnya. Selalunya dijual pada waktu pagi untuk sarapan pagi sebagai nasi bungkus. Orang Kedah memang sarapanya bukan sekadar nasi lemak dan kuih muih, tetapi nasi berlauk juga. Dan lauknya bermacam jenis seperti lauk hidangan tengahari. Selain nasi lemak dan nasi kuning resepi disini, nasi minyak jenis ni lah dijual sebagai nasi bungkus pagi. Daging masak hitam berempah pula ialah lauk biasa dijumpai pada waktu pagi. Dagingnya diperap dengan kicap dan kemudian direbus dengan rempah ratus sehingga lembut. Lepas tu barulah ditumis seperti membuat sambal biasa. Kemudian ditambah kicap untuk warna kuah yang gelap disamping memberi rasa manis kepada kuah dan daging. Selalunya tak ada acar, tapi saya tambah acar jelatah untuk melengkapkan hidangan..... Sedap juga dimakan bersama telur rebus atau telur masin. Resepi Daging Masak Hitam Berempah Bahan-bahan 800 gm daging - dipotong kepingan besar dan tebal. 1/2 cawan kicap manis 1 sudu besar lada hitam serbuk 1 batang kulit kayu manis 3 biji buah pelaga 3 biji cengkih 3 biji bunga lawang Bahan kuah 6 -7 sudu besar cili kering - dikisar 2 ulas bawang besar - dikisar 1/4 cawan kicap pekat manis - ikut masin dan manis serta warna kuah 7-8 helai daun kari 2 batang serai - diketuk 2 sudu kecil serbuk ketumbar 1 sudu kecil serbuk jintan manis 1 sudu kecil serbuk jintan putih 4 sudu besar minyak masak Bahan kisar untuk tumis 5-6 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 2 inci halia Cara Daging diperap seketika bersama kicap dan serbuk lada hitam. Masukkan daging dalam periuk, masukkan bahan rempah dan tuang sedikit air agak mentupi paras daging. Rebus sehingga daging betul betul lembut dan empuk. Tektur daging mestilah empuk dan mudah lerai. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama daun kari dan serai sehingga wangi. Kemudian masukkan bawang besar kisar, cili kering kisar, serbuk ketumbar, jintan manis, dan jintan putih. Tumis sehingga cili betul-betul masak. Masukkan daging yang direbus bersama rempah-rempah tadi juga bersama air rebusan kalau air banyak jangan masuk semua. Masukkan kicap dan masak lagi sehingga kuah agak kering dan pekat. Rasa garam dan gula. Selalunya tak perlu tambah garam sebab kicap dah sedia masin dan manis. Bila kuah dah pekat bolehlah diangkat dan hidangkan. Resepi Nasi Minyak Utara Bahan-bahan 4 cawan beras 1 1/2 cawan susu cair 1/4 cawan minyak 4 camca besar minyak sapi 4 cawan air - ikut beras yang digunakan 2 biji tomato - dikisar tanpa air - kalau kisar guna air, gunakan air yg disukat untuk beras. 2 helai daun pandan, disimpul 2 camca teh garam Bahan rempah tumis 1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga 5 kuntum bunga cengkih Bahan kisar 1 ulas bawang besar 1 inci halia 3 ulas bawang putih Cara Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumis bahan rempah tumis dan bahan kisar, bersama daun pandan. Masukkan tomato kisar. Masukkan air dan susu cair. Kemudian masukkan beras dan masak nasi seperti biasa sehingga kering.
nasi minyak daging masak hitam